Best Patner

Tuesday 4 February 2014

Qana'ah

Qana'ah — Puas Dengan Apa Adanya Dan Tetap Berusaha, 'Afaf — Enggan Meminta-minta, Berlaku Sederhana Dalam Kehidupan Dan Berbelanja Serta Mencela Meminta Tanpa Dharurat

Allah Ta'ala berfirman:
"Tiada sesuatupun binatang yang bergerak di bumi itu, kecuali atas tanggungan Allah jualah keadaan rezekinya." (Hud: 6)
Allah Ta'ala juga berfirman:
"Berikanlah sedekah itu kepada kaum fakir yang terkepung dalam menjalankan jihad fi-sabilillah, mereka tidak dapat berjalan keliling negeri. Orang-orang yang tidak mengetahui akan mengira bahawa mereka itu adalah orang-orang yang kaya kerana bersikap ta'affuf - enggan meminta-minta. Engkau dapat mengenal mereka itu dengan tanda-tandanya yakni bahawa mereka itu tidak mahu meminta kepada para manusia secara berulang kali - yakni menyangat-nyangatkan permintaannya." (al-Baqarah: 273)
Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Dan mereka - hamba-hamba Allah yang berbakti - itu apabila menafkahkan hartanya, maka mereka itu tidak melampaui batas - terlalu boros - dan tidak pula bersikap kikir, tetapi pertengahan antara keduanya itu." (al-Furqan: 67)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Tidaklah Kami menciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya menyembah padaKu. Aku tidak hendak meminta rezeki kepada mereka dan Aku tidak hendak meminta supaya mereka memberi makanan kepadaKu." (adz-Dzariyat: 56-57)
Adapun Hadis-hadisnya, maka sebahagian besar telah dihuraikan dalam kedua bab yang ada di depan. Di antaranya yang belum terdapat di depan ialah:

520. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Bukannya yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanya jiwa." (Muttafaq 'alaih)

521. Dari Abdullah bin 'Amr radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sungguh berbahagialah orang yang masuk Agama Islam dan diberi rezeki cukup serta dikurniai sifat qana'ah oleh Allah dengan apa-apa yang direzekikan kepadanya itu." (Riwayat Imam Muslim)

522. Dari Hakim bin Hizam r.a.,katanya: "Saya meminta kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau memberikan sesuatu padaku, lalu saya meminta lagi pada beliau, kemudian beliau pun memberikan pula sesuatu padaku, selanjutnya beliau bersabda:
"Hai Hakim, sesungguhnya harta ini adalah sebagai benda yang kehijau-hijauan - yakni enak dirasakan dan nyaman dipandang juga manis. Maka barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kedermawanan - dari orang yang memberikannya serta memintanya itu dengan tidak memaksa, tentulah harta itu memperolehi berkah Tuhan, tetapi barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kelobaan - atau ketamakan, maka tidak memperolehi berkah Tuhan dalam harta tadi. Ia adalah sebagai seseorang yang makan, namun tidak kenyang-kenyang. Tangan yang bahagian atas - yang memberi - adalah lebih mulia daripada yang bahagian bawah - yang diberi."
Hakim lalu berkata: "Ya Rasulullah, demi Zat yang mengutus Tuan dengan membawa kebenaran, saya tidak akan suka lagi menerima sesuatu dari seseorang pun sepeninggalan Tuan nanti, sehingga saya akan berpisah dengan dunia - yakni sampai mati."
Abu Bakar r.a. pernah mengundang Hakim kerana hendak memberikan sesuatu padanya, tetapi Hakim menolak untuk menerima sesuatu pun dari pemberian itu. Seterusnya Umar r.a. pernah pula memanggilnya untuk memberikan sesuatu pada Hakim itu, tetapi ia juga enggan menerima pemberian tadi. Abu Bakar dan Umar radhiallahu 'anhuma itu memanggil di kala keduanya menjabat sebagai khalifah secara bergantian. Umar lalu berkata: "Hai sekalian kaum Muslimin, saya mempersaksikan kepadamu semua atas diri Hakim ini, bahawasanya saya menawarkan padanya akan haknya yang saya wajib membahagikan untuknya dari harta rampasan, tetapi ia enggan mengambil haknya itu.
Hakim memang tidak pernah menerima sesuatu pemberian dari seseorang pun setelah wafatnya Nabi s.a.w., sehingga ia meninggal dunia. (Muttafaq 'alaih)

523. Dari Abu Burdah dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Kita semua keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam melakukan sesuatu peperangan. Kita semua ada enam orang banyaknya - yakni yang menyertai Nabi s.a.w. itu, di antara kita ada seekor unta yang kita gunakan untuk ganti-berganti menaikinya. Maka berlubang-lubanglah kaki-kaki kita, juga kakiku pun berlubang-lubang pula dan jatuhlah kuku-kukuku. Oleh sebab itu kita lalu membalutkan beberapa helai kain pada kaki-kaki kita itu dan dengan demikian peperangan itu dinamakan perang Dzatu riqa' - mempunyai beberapa balutan kain, kerana kita membalutkan beberapa helai kain pada kaki-kaki kita tadi."
Abu Burdah berkata: "Abu Musa menceriterakan Hadis ini, kemudian ia merasa tidak senang dalam menghuraikannya itu dan ia mengatakan: "Apa yang dapat saya lakukan dengan menyebut-nyebutkannya itu?" Abu Burdah melanjutkan katanya: "Seolah-olah Abu Musa itu tidak senang kalau menyebutkan sesuatu amalannya, lalu disiar-siarkannya." (Muttafaq 'alaih)
Maksudnya: Oleh sebab adanya bala' sampai kaki-kaki menjadi rosak dan kuku-kuku lepas itu adalah semata-mata urusan antara manusia dengan Tuhan, maka menurut anggapan Abu Musa r.a. tidak perlu diterang-terangkan, supaya tidak dianggap sebagai mempamirkan jasa atau amalan."

524. Dari 'Amr bin Taghlib - dengan fathahnya ta' mutsannat di atas dan sukunnya ghain mu'jamah dan kasrahnya fam - r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. didatangi - memperolehi - harta atau rampasan, lalu beliau s.a.w. membahagikan itu. Ada beberapa orang yang beliau beri dan ada pula beberapa orang yang beliau tinggalkan - yakni tidak diberi bahagian. Kemudian sampailah suatu berita kepada beliau bahawa orang-orang yang tidak diberi itu sama mencela cara beliau membahagikan tadi. Beliau s.a.w. lalu bertahmid kepada Allah lalu memujiNya, kemudian bersabda:
"Amma ba'du." Sesungguhnya saya niscayalah memberikan bahagian kepada golongan - beberapa orang, kerana saya mengetahui keluh kesah dalam hati mereka itu serta sesambatan mereka yang amat sangat, sedang segolongan lain saya serahkan kepada Allah, kerana Allah telah memberikan kekayaan bathin dan kebaikan dalam hati mereka ini, di antara mereka ini adalah 'Amr bin Taghlib."
'Amr bin Taghlib berkata: "Demi Allah, saya - amat gembira mendengar pujian beliau s.a.w. itu pada saya, sehingga kerana gembiranya, maka saya - tidak suka andai kata kalimat Rasulullah s.a.w. yang ditujukan kepada saya itu ditukar dengan ternak-ternak merah - sebagai kiasan sebaik-baik harta bagi bangsa Arab." (Riwayat Bukhari)

525. Dari Hakim bin Hizam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Tangan yang bahagian atas - yang memberi - adalah lebih mulia daripada tangan yang bahagian bawah -yang diberi. Dan dahulukanlah dalam pemberian itu kepada orang-orang yang menjadi tanggunganmu - yakni yang wajib dinafkahi. Sebaik-baik sedekah ialah yang diberikan di luar keperluan - yakni keadaan diri sendiri dan keluarga sudah dicukupi. Barangsiapa yang enggan meminta, maka Allah akan memberikan kecukupan padanya dan barangsiapa tidak memerlukan pemberian manusia, maka Allah akan memberikan kekayaan padanya." (Muttafaq 'alaih)
Ini adalah lafaznya Imam Bukhari, sedang lafaznya Imam Muslim adalah lebih ringkas lagi.

526. Dari Abu Abdir Rahman, iaitu Mu'awiyah bin Abu Sufyan iaitu Shakhr bin Harb radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau semua mempersangatkan dalam meminta sesuatu sebab demi Allah, tidaklah seseorang dari engkau semua itu meminta sesuatu, kemudian kerana permintaannya itu lalu dapat mengeluarkan sesuatu pemberian daripadaku untuknya, sedangkan saya tidak senang dengan cara memintanya, selanjutnya lalu diberkahi untuk orang tadi dalam apa-apa yang saya berikan." (Riwayat Muslim)
Maksudnya bahawa rezeki yang berasal dari meminta, apabila rezeki itu menjadi bertambah banyak dan kekal kerana dibuat berusaha umpamanya, maka yang diminta dengan baik yakni tidak seolah-olah memaksa adalah lebih baik dan lebih banyak berkahnya dari yang diminta dengan nada yang seolah-olah  memaksa.

527.  Dari Abu Abdir Rahman, iaitu 'Auf bin Malik al-Asyja'i r.a., katanya: "Kita semua ada di sisi Rasulullah s.a.w. dan kita ada sembilan, lapan atau tujuh orang, kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau semua berbai'at kepada Rasulullah?" Padahal kita semua baru beberapa hari saja melakukan pembai'atan pula pada beliau itu, oleh sebab itu kita berkata: "Kita semua telah membai'at Tuan, ya Rasulullah." Kemudian beliau s.a.w. bersabda lagi: "Tidakkah engkau semua berbai'at kepada Rasulullah?" Kita lalu membeberkan tangan-tangan kita dan kita berkata: "Kita semua dulu sudah berbai'at kepada Tuan, ya Rasulullah dan sekarang kita berbai'at lagi dalam hal apakah?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Hendaklah engkau semua menyembah kepada Allah yang Maha Esa dan jangan menyekutukan sesuatu denganNya, tetapi tetaplah mengerjakan shalat lima waktu dan sampai engkau semua mendengarkan serta melakukan ketaatan," lalu beliau memperlahankan suaranya dan bersabda dengan berbisik: "Dan jangan meminta sesuatu apa pun dari orang-orang."
Maka sungguh saya pernah melihat ada orang yang termasuk golongan orang-orang di atas itu, ketika cemetinya jatuh, ia tidak meminta seseorang supaya diambilkan cemetinya tadi." (Riwayat Muslim)

528. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak henti-hentinya permintaan itu menghinggapi seseorang di antara engkau semua - yakni orang yang senantiasa mempunyai tabiat suka meminta-minta itu tidak akan berhenti, sehingga ia menemui Allah Ta'ala - iaitu pada hari kiamat nanti - sedang di wajahnya itu tidak terdapat sepotong daging pun - jadi dalam keadaan sangat hina-dina." (Muttafaq 'alaih)

529. Dari Ibnu Umar r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, sedang di kala itu beliau berada di atas mimbar dan menyebut-nyebutkan perihal sedekah dan menahan diri dari meminta:
"Tangan yang bahagian atas adalah lebih baik daripada tangan yang bahagian bawah. Tangan yang bahagian atas itu adalah yang menafkahkan - yakni yang memberikan sedekah, sedang tangan yang bahagian bawah adalah yang meminta." (Muttafaq 'alaih)

530. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang meminta-minta kepada orang-orang dengan maksud supaya menjadi banyak apa yang dimilikinya - jadi sudah cukup tetapi terus saja meminta-minta, maka sebenarnyalah orang itu meminta bara api. Maka dari itu baiklah ia memilih hendak mempersedikitkan atau memperbanyakkan - siksanya." (Riwayat Muslim)
Keterangan:
Hadis di atas dapat diertikan bahawa orang sebagaimana yang tersebut itu yakni yang meminta-minta lebih dari keperluannya atau untuk mencari yang sebanyak-banyaknya akan disiksa dalam neraka dan oleh Rasulullah s.a.w. dikiaskan sebagai orang-orang yang meminta bara api. Tetapi dapat pula diertikan dengan makna yang sebenarnya menurut lahiriyah sabda beliau s.a.w., iaitu bahawa bara api akan dimasukkan dalam seterika dan kepada orang sebagaimana di atas itu akan diseterikakan pada punggung dan lambungnya, seperti juga keadaan orang yang sudah berkewajiban zakat, namun enggan mengeluarkan atau menunaikan kewajiban zakatnya.
Demikianlah yang dihuraikan oleh al-Qadhi 'lyadh dalam menafsiri Hadis di atas.

531. Dari Samurah bin Jundub r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya permintaan adalah suatu cakaran yang seseorang itu mencakarkan sendiri ke arah mukanya, kecuali jikalau seseorang itu meminta kepada sultan - penguasa negara* - atau ia meminta untuk sesuatu keperluan yang tidak boleh tidak ia harus melakukannya."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

532. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dihinggapi oleh kemelaratan, lalu diturunkannya kepada manusia - yakni meminta tolong kepada sesama manusia agar dihilangkan kemelaratannya itu, maka tentu tidak akan tertutuplah kemelaratannya tadi. Tetapi barangsiapa menurunkannya kepada Allah - yakni mohon kepadaNya agar dihilangkan kemelaratannya, maka bersegeralah Allah akan memberinya rezeki yang kontan - cepat diberikannya - atau rezeki yang dilambatkan memberikannya."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
 Meminta kepada Sultan itu pun tidak boleh sembarang minta, tetapi yang ada sangkut pautnya dengan soal-soal keagamaan, misalnya meminta zakat yang diwajibkan oleh Allah kepadanya atau seperlima bahagian dari hasil rampasan peperangan atau memang kerana untuk kepentingan ummat dan masyarakat.

533. Dari Tsauban r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Siapakah yang memberikan jaminan kepada saya bahawa ia tidak akan meminta apapun dari para manusia dan saya memberikan jaminan padanya untuk memperolehi syurga?" Saya berkata: "Saya."
Maka Tsauban sejak saat itu tidak pernah meminta sesuatu apa pun kepada siapa saja.
Diriwayatkan oleh Imam Dawud dengan isnad shahih.

534. Dari Abu Bisyr iaitu Qabishah bin al-Mukhariq r.a., katanya: "Saya mempunyai beban sesuatu tanggungan harta - hamalah, lalu saya datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta sesuatu padanya guna melunasi tanggungan itu. Beliau s.a.w. bersabda: "Berdiamlah di sini dulu sampai ada harta sedekah - zakat - yang datang pada kita, maka dengan harta itu kita akan menyuruh guna diberikan padamu," selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:
"Hai Qabishah, sesungguhnya permintaan itu tidak boleh dilakukan kecuali untuk salah satu dari tiga macam orang ini, iaitu: Seseorang yang mempunyai beban sesuatu tanggungan harta -hamalah, maka bolehlah ia meminta sehingga memperolehi sejumlah harta yang diperlukan tadi, kemudian menahan diri - jangan meminta-minta lagi. Juga seseorang yang mendapatkan sesuatu bencana, sehingga menyebabkan kemusnahan hartanya - lalu menjadi miskin, maka bolehlah ia meminta, sehingga dapatlah ia memperolehi sesuatu untuk menutupi keperluan hidupnya," atau sabda beliau: "Sesuatu untuk mencukupi keperluan hidupnya. Demikian pula seseorang yang dihinggapi oleh kemelaratan, sehingga ada tiga orang dari golongan orang-orang yang berakal di kalangan kaumnya mengatakan: "Benar-benar si Fulan itu telah dihinggapi oleh kemelaratan," maka orang semacam itu bolehlah meminta sehingga dapatlah ia memperolehi sesuatu untuk menutupi keperluan hidupnya," atau sabda beliau: "Sesuatu untuk mencukupi keperluan hidupnya." Adapun selain tiga macam orang tersebut di atas, maka permintaannya itu, hai Qabishah adalah merupakan suatu perbuatan dosa yang dimakan oleh orang yang memintanya tadi dengan memperolehi dosa." (Riwayat Muslim)
Alhamalah dengan fathahnya ha' ialah apabila terjadi sesuatu pertempuran ataupun pertengkaran Iain-Iain antara dua golongan, kemudian ada orang yang bermaksud hendak mendamaikan antara mereka itu dengan cara memberikan harta yang menjadi tanggungannya dan mewajibkan pengeluarannya itu atas dirinya sendiri. Tanggungan harta semacam inilah yang dinamakan hamalah. Aljaihah ialah sesuatu bencana yang mengenai harta seseorang -sehingga ia menjadi miskin. Alqiwam dengan kasrahnya qaf atau dengan fathahnya ialah sesuatu yang dengannya itulah urusan seseorang dapat berdiri dengan baik, ini adalah berupa harta atau pun lain-lainnya. Assidad dengan kasrahnya sin ialah sesuatu yang dapat menutupi keperluan orang yang mempunyai keperluan dan dapat pula mencukupinya. Alfaqah ialah kekafiran. Alhija ialah akal.

535. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bukannya orang miskin itu orang yang berkeliling mendatangi orang banyak - keluar masuk dari rumah ke rumah - lalu ditolak ketika meminta sebiji atau dua biji kurma atau ketika meminta sesuap atau dua suap makanan, tetapi orang miskin yang sebenarnya ialah orang yang tidak mempunyai kekayaan untuk mencukupi keperluannya, tidak pula diketahui kemiskinannya, sebab andaikata diketahui tentu ia akan diberi sedekah bahkan tidak pula ia suka berdiri lalu meminta-minta sesuatu kepada orang-orang." (Muttafaq 'alaih)

Monday 3 February 2014

HUKUM MENGANGKAT SUARA DALAM MESJID


Soal :
Bagaimanakah hukumnya berzikir dan berdo’a dengan suara keras dalam mesjid, sehingga mengganggu orang – orang yang sedang shalat ?
Jawab:
Supaya masalah ini lebih jelas, marilah kita perhatikan fatwa ulama – ulama terdahulu.
1 . Fatwa Ulama Hanafiy:
( الحنفية قالوا : يكره رفع الصوت بالذكر في المسجد إن ترتب عليه تهويش على المصلين أو إيقاظ للنائمين وإلا فلا يكره
Ulama Hanafi berkata:” Makruh mengangkat suara dengan zikir dalam mesjid, jika dapat mengganggu atas orang shalat atau membangunkan orang tidur. Dan jika tidak demikian, maka tidak makruh.( Mazahibul Arba’ah Juz 1 hal 246)

2. Fatwa Ulama Malikiy:
المالكية قالوا : يكره رفع الصوت في المسجد ولو بالذكر والعلم . واستثنوا من ذلك أمورا أربعة : الأول : ما إذا احتاج المدرس إليه لإسماع المتعلمين فلا يكره الثاني : ما إذا أدى الرفع إلى التهويش على مصل فيحرم الثالث : رفع الصوت بالتلبية في مسجد مكة أو منى فلا يكره الرابع رفع صوت المرابط بالتكبير ونحوه فلا يكره
Ulama Malikiy berkata:” Makruh mengangkat suara dalam mesjid walaupun dengan zikir dan ilmu. Mareka mengecualikan daripada hukum makruh itu akan empat perkara, yaitu:
1. Apabila pengajar berhajat kepada mengangkat suara supaya mendengar oleh para pelajar, maka hukumnya tidak makruh.
2. Apabila mengangkat suara dalam mesjid itu dapat mengganggu orang – orang yang sedang shalat, maka hukumnya haram.
3. Mengangkat suara dengan talbiyah dalam mesjid Makkah dan Mina, maka hukumnya tidak makruh.
4. Mengangkat suara yang berhubungan dengan takbir dan seumpanya , maka hukumnya tidak makruh.
3. Fatwa Ulama Syafi’iy:
الشافعية قالوا : يكره رفع الصوت بالذكر في المسجد إن هوش على مصل أو مدرس أو قارئ أو مطالع أو نائم لا يسن إيقاظه وإلا فر كراهة
Ulama Syafi’iy berkata:” Makruh mengangkat suara dengan zikir dalam mesjid, jika mengganggu atas orang shalat, atau orang belajar, atau orang baca Qur’an, atau orang muthala’ah ilmu, atau orang tidur yang tidak sunat membangunkannya. Dan jika tidak demikian , maka tidak makruh. ( Mazahibul Arba’ah Juz 1 hal 246)
4. Fatwa Ulama Hambaliy.
الحنابلة قالوا : رفع الصوت بالذكر في المسجد مباح إلا إذا ترتب عليه تهويش على المصلين
Ulama Hanbaliy berkata:” Mengangkat suara dalam mesjid hukumnya mubah, kecuali bila dapat mengganggu atas orang shalat, maka hukumnya makruh.(Mazahibul Arba’ah Juz 1 hal 246 )
Berkata Syeikh Zainuddin Al-Malibari:
( فائدة ) قال شيخنا أما المبالغة في الجهر بهما في المسجد بحيث يحصل تشويش على مصل فينبغي حرمتها
( Faedah). Berkata Syekhuna :” Adapun mubalaghah pada menjiharkan suara dengan zikir dan do’a dalam mesjid sehingga dapat mengganggu orang shalat, maka sepatautnya hukumnya adalah haram. ( Fathul Mu’in pada Hamis Iannatuthalibin juz 1 hal 186 )
Berkata Sayed Sabiq dalam Fiqih Sunnah Juz 1 hal 179:
رفع الصوت فيها: يحرم رفع الصوت على وجه يشوش على المصلين ولو بقراءة القرآن. ويستثنى من ذلك درس العلم.

Mengangkat suara dalam Mesjid: Haram mengangkat suara atas wajah yang dapat mengganggu atas orang shalat , sekalipun dengan membaca Al- Quran. Dikecualikan daripada demikian adalah belajar ilmu.
Sayed Sabiq juga menyebutkan hadits Nabi Saw
Dari Ibnu Umar RA:
اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّوْنَ وَقَدْ عَلَتْ اَصْوَاتُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ: اِنَّ الْمُصَلِّى يُنَاجِى رَبَّهُ عَزَّوَجَلَّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يُنَجِيْهِ وَلاَيَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ بِالْقُرْاَنِ (رواه احمد)
“ Bahwa Nabi SAW, keluar kepada manusia ( di mesjid ), sedangkan mereka sedang shalat dan tinggilah suara mereka dengan membaca al- Quran, lalu Nabi bersabda; ‘ Sungguh orang yang shalat itu bermunajat dengan Tuhannya ‘azza wa jalla, maka hendaklah ia tahu apa yang ia munajatkan itu. Dan janganlah mengeraskan suara sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dengan membaca Al- Quran”. (HR Imam Ahmad dengan sanad yang shahih )
Dari Abu Sa’id Al- Khudri RA:
ان النبي صلى الله عليه وسلم اعتكف فى المسجد فسمعهم يجهرون بالقراءة فكشف الستر وقال: ألا ان كلكم مناج ربه فلا يؤذين بعضكم بعضا ولايرفع بعضكم على بعض بالقراءة (رواه ابو داود, النسائ, البيهقى, الحاكم )
Bahwa Nabi Saw, beri’tikaf dalam mesjid, lalu Beliau mendengar orang-orang mengeraskan suara dengan membaca Al-Quran, maka Beliau membuka tabirnya dan berkata:” Ingatlah bahwa kamu sedang bermunajat dengan Allah..! . Maka janganlah sebagian kamu mengganggu yang lainnya. Dan janganlah sebagian kamu mengeraskan suara atas yang lainnya dengan membaca Qu’ran.( HR. Abu Daud, Nasai , Baihaqiy dan Hakim, Hakim mengatakan Hadits ini shahih menurut syarat Bukhari dan Muslim)
Imam Al- Ghazaliy dalam Kitab Ihya Ulumuddin Juz 1 hal 279 :
وسمع سعيد بن المسيب ذات ليلة في مسجد رسول الله صلى الله عليه و سلم عمر بن عبد العزيز يجهر بالقراءة في صلاته وكان حسن الصوت فقال لغلامه اذهب إلى هذا المصلي فمره أن يخفض صوته فقال الغلام إن المسجد ليس لنا وللرحل فيه نصيب فرفع سعيد صوته وقال يا أيها المصلي إن كنت تريد الله عز و جل بصلاتك فاخفض صوتك وإن كنت تريد الناس فإنهم لن يغنوا عنك من الله شيئا فسكت عمر بن عبد العزيز وخفف ركعته فلما سلم أخذ نعليه وانصرف وهو يومئذ أمير المدينة
Sa’id bin Musayyab suatu malam di mesjid Rasulullah Saw, mendengar Umar bin Abdul Aziz menjiharkan bacaan dalam shalat(malam) dan suaranya bagus sekali, lalu Said berkata kepada pembantunya:” Pergilah kepada orang sembahyang ini lalu suruh dia untuk merendahkan suaranya”. Pembantunya menjawab:” Mesjid ini bukan untuk kita saja, tetapi untuk orang itu pun punya bagian.”,. Lalu Sa’id mengangkat suaranya dan berkata:” Wahai orang yang shalat(maksudnya Umar bin Abdul Aziz), jika engkau menghendaki Allah dengan shalat engkau, maka rendahkan suaramu, dan jika engkau menghendaki manusia, maka mareka tidak terkaya daripada daripada Allah akan sesuatu.”. Maka diamlah Umar bin Abdul Aziz dan diapun meringankan rakaatnya, lalu sesudah salam ia mengambil sandalnya dan langsung pergi. Padahal dia (Umar bin Abdul Aziz )pada waktu itu adalah Amir Madinah
( Said bin Musayyab adalah Tabi’in Jaliy, dia menantunya Abu Hurairah RA, sahabat Nabi yang paling banyak merawikan hadits. Pen)
Dari keterangan – keterangan diatas dapat kita ketahui bahwa:
1. Berzikir atau berdo’a dengan suara keras dalam mesjid bila dapat mengganggu orang shalat atau orang beri’tikaf, maka hukumnya makruh bahkan kata sebagian ulama hukumnya haram
2. Kita boleh menegur orang yang mengangkat suara dengan zikir atau lainya dalam mesjid, bila ibadat kita merasa terganggu dengannya, seperti yang dilakukan oleh Sa’id bin Musayyab terhadab Umar bin Abdul Aziz.

MENCINTAI SESEORANG KARENA ALLAH


Raja’ bin Umar An- Nakha’iy mengatakan:
“ Dahulu di kota Kufah tinggal seorang pemuda tampan yang rajin beribadah, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan disana dia bertemu sorang gadis yang sangat cantik. Sejak pandangan pertama diapun jatuh cinta kepada gadis itu. Si gadis juga merasakan hal yang sama ketika pertama kali melihat si pemuda yang ganteng itu.

Pemuda itu lalu mengutuskan seseorang untuk melamar gadis tersebut, tetapi ternyata dia telah dipertungkan dengan putra pamannya sendiri. Mendengar keterangan tersebut, si pemuda menahan rasa cinta yang sangat dalam, demikian halnya si gadis. Kemudian si gadis mengutuskan budaknya untuk mengantarkan sepucuk surat kepada si pemuda tambatan hatinya itu. Dalam surat itu si gadis berkata: ” Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan karena itu, betapa penderitaanku terhadap dirimu, namun cintaku tetap untukmu selamanya. Andainya engkau berkenan, aku akan datang kepadamu, atau aku akan memberikan kemudahan bila engkau mau datang kerumahku”.

Setelah membaca surat, si pemuda berkata kepada utusan:” kedua pilihan itu tidak ada yang kupilih, karena sesungguhnya aku takut akan siksa Allah pada hari qiyamat, bila aku durhaka kepadanya.”
Kemudian pulanglah utusan dan menyampaikan semuanya pada sigadis. Mendengar yang demikian, si gadis berkata:” Aku belum pernah menjumpai seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah, seperti dia. Demi Allah, tidak ada seorang pun yang pantas mendapatkan gelar semacam itu, selain dia.

Setelah berkata demikian, gadis itu melepaskan segala urusan kehidupan dunia, dan dia pun memakai pakaian dari tenunan yang kasar. Dan sejak saat itu dia tekun beribadah, sementara hatinya merana dan badannya menjadi kurus oleh beban cinta yang dalam kepada sang pemuda dambaan hatinya, yang dia pikul. Dia terus berada dalam kerinduan dan cinta yang menyelimutinya, hingga akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia meninggal dengan membawa cinta.

Setelah gadis itu meninggal, si pemuda selalu berziarah ke kuburnya dan selalu berdoa untuknya. Pada suatu malam dia bermimpi bertemu dengan kekasihnya itu. Lalu si pemuda bertanya:’Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku..?. Lalu si gadis menjawab dengan bersendung syair:
“Kasih..... Cinta yang terindah adalah mencintaimu,. Cinta yang membawa pada kebaikan”.

Lalu si pemuda bertanya lagi:’ Sekarang engkau ada dimana..?. si gadis menjawab dengan lantunan syair:
“ Aku berada dalam kenikmatan dan kehidupan yang tidak akan pernah berakhir. Berada dalam surga abadi yang dijaga oleh para malaikat yang tidak mungkin akan binasa”.

Si pemuda berkata: “ Disana aku berharap, engkau selalu mengingatku. Disini aku selalu mengingat dirimu dan aku takkan pernah melupakanmu”. Si pemuda berkata lagi:” Kapankah aku dapat melihatmu kembali..?. Si gadis menjawab: “ Insya Allah, tidak lama lagi engkau akan menemuiku”.
Demikianlah, terhitung tujuh hari setelah bermimpi betemu kekasihnya, pemuda itu pun meninggal dunia.” Semoga Allah selalu mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua.”
Kisah ini dikutib dari Kitab At-Tawwabiin, karya Ibnu Qudamah Al- Muqaddisy, seorang ulama besar dalam mazhab Hambaliy.